Kha06202013

Kemaskini terakhir08:43:34 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Email Pembaca Apa status Ladang Rakyat Limau Kasturi ?

Apa status Ladang Rakyat Limau Kasturi ?

  • PDF

wankhairul200Kerajaan PAS Kelantan diminta memberi penjelasan berhubung status tanah yang dijadikan Ladang Rakyat di Limau Kasturi, Gua Musang yang menimbulkan banyak persoalan.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Mohamad (gambar) berkata kerajaan negeri pimpinan PAS itu perlu menjelaskan sama ada benar tanah seluas 1,308 hektar itu telah diserahkan kepada sebuah syarikat luar.

Ini kerana kerajaan negeri telah menandatangani satu perjanjian dengan syarikat itu pada 7 Mac 2012 yang membenarkan mereka mengusahakan tanah tersebut.

Bagaimanapun, Wan Khairul Ihsan berkata sebelum itu satu sijil perakuan yang ditandatangani Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub telah pun diserahkan kepada peneroka generasi kedua pada Jun 2008.

"Yang menimbulkan persoalan, mana janji kerajaan negeri kepada seramai 213 peserta Ladang Rakyat pada Jun 2008 yang mereka akan diberikan tanah seluas 4 hektar untuk diusahakan selain elaun bulanan sehingga RM750 seorang," katanya.

Pada sidang akhbar itu juga Wan Khairul Ihsan turut menunjukkan salinan dokumen yang didakwa perjanjian antara kerajaan Kelantan dan syarikat berkenaan.

Beliau berkata tidak mungkin tanah di PT2543 itu boleh diberikan kepada dua pihak iaitu pada masa yang sama adalah milik peneroka dan juga syarikat terbabit.

"Peneroka kini terpedaya kerana sehingga ke hari ini mereka langsung tidak menerima apa yang dijanjikan kerajaan negeri ketika itu yang kita sifatkan hanya gula-gula pilihan raya pada tahun tersebut," katanya.

Beliau berkata kesemua peneroka yang menerima sijil itu juga merupakan penyokong kuat pembangkang dan apa yang dilakukan kerajaan negeri itu sebagai bukti tidak menepati janji terhadap rakyat.

Katanya Ladang Rakyat di situ dipercayai mengalami kerugian dan sebab itu diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan semula.

Sementara itu, beliau membidas dakwaan kerajaan Kelantan yang kononnya pihak tertentu menggunakan gambar lama dan menggunakan teknik tertentu mengenai keadaan Tanah Tinggi Lojing yang kini teruk digondolkan.

"Tidak munasabah langsung pihak kami atau NGO lain telah memanipulasi gambar itu. Ini gambar terbaharu dan ia adalah tulen. Sesiapa sahaja boleh mengambil gambar sedemikian di Lojing," katanya.

Beliau meminta kerajaan negeri tidak memberikan alasan tidak masuk akal untuk menafikan kegiatan penggondolan itu sebaliknya mengakui kesilapan menangani keadaan di Lojing.


IKLAN

PERKONGSIAN FOREX & PERKHIDMATAN TRADING SECARA AUTOTRADE

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.