23November2014

75 wanita terima bantuan Teman 1Azam

azam2
Seramai 75 wanita di sekitar daerah Kudat  yang berkecimpung dalam perniagaan kecil dibantu keluar dari kepompong kemiskinan menerusi pemberian geran berbentuk peralatan di bawah program bantuan Teman 1Azam.

Menurut Ketua Wanita UMNo Kudat, Datin Aminah Ambrose berkata bantuan peralatan perniagaan itu meliputi mesin jahit, peti sejuk, ketuhar, pengadun kuih di samping set bantuan kerusi meja dan dapur untuk penerima berkenaan memulakan perniagaan.

"Program yang berteraskan konsep keusahawanan sosial itu menawarkan bantuan barangan perniagaan dengan kadar maksimum RM5,000 seorang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penyerahan peralatan bantuan 1Azam di Kudat,

Aminah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Masyarakat dan Keluarga berkata Geran Teman 1Azam itu adalah salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan wanita terutama ibu tunggal yang berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan diri dan keluarga.

Beliau berkata usaha kerajaan memperkenalkan program itu merupakan strategi bagi menggalakkan golongan tersebut berdikari menerusi bidang keusahawanan.

"Program ini mampu membantu rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan dan terbukti sebelum ini ramai peserta berjaya meningkatkan jumlah pendapatan antara RM500 sehingga RM700 sebulan," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, penerima sumbangan Azam Niaga di daerah itu diminta memanfaatkan bantuan peralatan yang dibekalkan untuk menjana pendapatan isi rumah seterusnya meningkatkan taraf hidup masing-masing.

''Tumpuan khusus di bawah Azam Niaga itu adalah untuk membantu golongan wanita dan suri rumah tangga menambah pendapatan menerusi bidang keusahawanan.

''Ini semua antara usaha kerajaan menerusi inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan taraf hidup penduduk," katanya.-26/5/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 513  tetamu dalam talian