Jum05242013

Kemaskini terakhir11:38:55 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Email Pembaca

Email Pembaca

Pewartaan keputusan PRU13

  • PDF
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) diwartakan pada hari ini 22 Mei 2013.  Pewartaan ini adalah selaras dengan kehendak Peraturan 27 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 bagi maksud penyiaran keputusan dan penyata pengundian dalam Warta.

Menurut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan jika terdapat mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan dalam PRU Ke-13 bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, mereka boleh mengemukakan petisyen pilihan raya kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], memperuntukkan bahawa tiap-tiap ...

Baca Lagi...

Kenyataan media SPR...

  • PDF
Sebagai maklumat  tambahan untuk mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seorang pengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggunakan dakwat kekal dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13). 

Walau bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama melekat di jari pengundi.

Berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR  yang mengadakan...

Baca Lagi...

Tiga cadangan untuk YB Khairy...

  • PDF
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada orang kampung saya YB Khairy Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Ianya mengembalikan nostalgia seorang lagi orang kampung saya iaitu Dato’ Mokhtar Hashim yang menjadi Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1980 - 1983.

Antara kejayaan besar ketika Dato’ Mokhtar menjadi Menteri Belia dan Sukan ialah apabila pasukan bolasepak Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.
 
Saya tidak ada cadangan untuk dikemukakan...

Baca Lagi...

BN perlu laksana reformasi radikal...

  • PDF
PRU13 sudah berlalu, BN sudah pun membentuk Kerajaan sekalipun hanya mampu menang mudah dan gagal perolehi majoriti 2/3 sepertimana yang diidam-idamkan. Syabas Datuk Seri Najib Tun Razak dan tahniah kepada barisan Kabinet yang baru dilantik. Mereka semua berkemampuan menjalankan tugas berdasarkan portfolio masing-masing.

Pun begitu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) amat gusar melihat keputusan PRU13 dan beberapa petanda (symptoms) yang tercetus dari PRU13 itu.

Dengan begitu gigih usaha BN...

Baca Lagi...

Penyalahgunaan nama Allah oleh National Evangelical Christian...

  • PDF
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah menerima aduan daripada beberapa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) berhubung satu poster di laman sosial Facebook yang dipercayai melanggar peruntukan-peruntukan di dalam  Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. 

Poster daripada pihak gereja tersebut boleh diakses melalui capaian berikut...

Baca Lagi...