25September2017

MB Perak dari kaca mata pegawai khas

Telah biasa komen dikutip dari orang ramai mengenai Menteri Besar Perak tetapi bukan versi dari mereka yang paling rapat, ia jarang kita dengar.

Kerana tidaklah mudah untuk menilai Dato Seri Dr.Zambry Abdul Kadir sewaktu masih menjadi Menteri Besar dan pegawai berkenaan pegawai yang masih lagi bertugas.

Keadaan begini boleh disalah tafsir lebih-lebih lagi pegawai yang diinterbiu ialah Dato’Azri Jaafar, pegawai khasnya.

Seperkara menarik mengenai komen Azri ialah Dr. Zambry tidak menjanjikan kekayaan material bagi pegawainya, tetapi “dia tahu dan menghargai pengorbanan dan perkhidmatan kita.”

Interbiu dengan Azri berlangsung pada ketika isu jawatan MB Perak panas diperbualkan. Dan hampir semua orang yang Agenda Daily temui, bersetuju agar Perdana Menteri mengekalkannya sepenggal lagi.

Bagi Azri, Dr.Zambry mempraktik budaya kerja  “kepimpinan melalui teladan.” Menteri Besar katanya berjaya membawa perubahan drastik dari segi pembangun sosial ekonomi rakyat malah juga pembangunan modal insan.

Adun Pangkor disifatkannya seorang pemimpin berjiwa rakyat dan berwawasan tinggi, berkarisma, merendah diri, mudah mendekati rakyat dan kuat bekerja untuk mengubah nasib masa depan rakyat Perak.

``Pada pandangan saya, kalau difikirkan untuk masa depan dia (Dr Zambry) Perak ni perlukan dia  lagi . . .  bukan sahaja dari aspek pembangunan infrastruktur tetapi juga pembangunan modal insan.

``Banyak orang bercakap dia (Dr Zambry ) kononnya nak pergi Parlimen …saya berpendapat itu kita serahkan kepada pucuk pimpinan. Perdana Menteri lebih arif.

“Dalam konteks kita sebagai rakyat Perak dan saya secara peribadi berpendapat biar dia kekal sebagai Menteri Besar Perak kerana banyak perkara pembangunan yang dia hendak laksanakan walaupun sekarang ini kita lihat sudah mencukupi tapi banyak lagi  perkara yang beliau hendak laksanakan,’’ kata Azri, Naib Ketua UMNO bahagian Lumut, yang juga Pegawai Khas  DrZambry.

Azri memberikan contoh terbaik apabila Dr Zambry yang juga Adun Pangkor memperkenalkan Yayasan Bina Upaya (YBU) yang banyak membantu menyelesaikan masalah golongan rakyat miskin dan kurang upaya seperti bantuan baik pulih dan membina rumah nelayan dan pemberian modal perniagaan.

`` Waktu kita belajar dulu kita nampak lukisan gambar rumah nelayan yang daif tetapi sekarang tak jumpa lagi kerana berlaku perubahan yang begitu ketara yang dibawa oleh Dr Zambry,’’ katanya.

Azri turut menceritakan pengalamannya bersama  Dr Zambry sebaik dilantik pegawai khas Adun Pangkor setelah bersara dari angkatan tentera pada tahun 2002. Beliau melihat Dr Zambry  sebagai seorang insan yang berhati mulia, merendah diri  dan mempunyai pengetahuan tinggi dengan ilmu agama.

``Saya mula terlibat secara langsung dengan Dr Zambry mulai tahun 1998 selepas bersara dari angkatan tentera…balik kampung di Batu 4 Segari menyertai politik dengan mula dilantik sebagai Ketua UMNO Cawangan Batu 4 Segari.

``Bermula saat itu bila Dr Zambry jadi wakil rakyat, saya dilantik sebagai pembantu khas Adun Pangkor dan pada tahun 2002 apabila Dr Zambry dilantik menjadi ahli Exco kerajaan negeri saya terlibat sebagai pegawai khas dia di DUN Pangkor.

``Pengalaman saya bekerja bersamanya saya melihat Dr Zambry ini seorang insan yang berpengetahuan tinggi dengan ilmu agama…jadi saya rapat dengan beliau selain melaksanakan tugas saya dapat sedikit sebanyak pengalaman yang ada pada Dr Zambry.’’ ujarnya.

Dr Zambry katanya  seorang pemimpin yang suka mengambil berat tentang masalah rakyat terutama golongan miskin kerana beliau berasal dari keluarga nelayan.

``Dr Zambry memahami kesusahan rakyat kerana dia berasal daripada anak nelayan….dia amat tersentuh hati terutama apabila melihat orang susah…nelayan susah dan melaksanakan tugasnya membantu masyarakat kampung sehingga nampak perubahannya pada hari ini,’’ katanya.

``Saya tengok dalam DUN Pangkor sekarang ini banyak perubahan berlaku .. ada rumah YBU, rumah Seria disediakan untuk golongan nelayan,’’ katanya.

Azri turut menceritakan kisah pengalamannya bekerja bersama Dr Zambry semasa 11 bulan Perak dikuasai  pembangkang selepas PRU ke13.

``Bila tak ada kuasa saya selalu berdamping dengan dia (Dr Zambry) tengok kawasan …dia menang wakil rakyat hinggalah sebelas bulan Perak dikuasai pembangkang waktu itu.

``Apabila Dr Zambry dilantik MB. . . satu Perak dia nak jaga. . . saya banyak fokus dan beri tumpu tugas  di DUN Pangkor membuat kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran serta aktiviti UMNO Bahagian Lumut.

``Dr Zambry selalu memerhati orang yang buat kerja dengan kesungguhan dan tak pernah lupa… walaupun dia tidak pernah bagi kita kaya dan sebagainya tapi beliau menghargai pengorbanan dan tugas kita,’’ katanya.-22/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 474  tetamu dalam talian