17Januari2018

Komen Apandi selepas lapan bulan jadi Peguam Negara...

Di Malaysia dan kebanyakkan negara-negara Komanwel, Peguam Negara adalah jawatan nombor dua paling kanan dalam Perkhidmatan Awam, satu tangga di bawah Ketua Setiausaha Negara.

Jawatan ini cukup penting dan bidang kuasanya terutama mengenai pendakwaan tidak boleh dicabar.

Ia bukan tugas yang mudah bagi bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik menjadi Peguam Negara ketika keadaan 'berkocak'.

Lapan bulan lalu... adalah menjadi rahsia umum, wujud gerakan sulit untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemerhati politik menyebutnya sebagai 'palace coup' yang bagaimanapun tidak menjadi dan menyebabkan beberapa orang penting kehilangan jawatan samada 'suka atau terpaksa'.

Dari latar seperti inilah Mohamed Apandi dilantik menjadi Peguam Negara dan dengan pengalaman serta ketokohannya, beliau berjaya meredah badai dan kekal sebagai susuk yang disegani.

Menurut beliau, memegang jawatan sebagai Peguam Negara bukan sesuatu yang teruk bagaimanapun beliau terkejut, bagaimana dirinya berjaya harungi lapan bulan ini,” katanya.

Apandi sebelum itu dijemput oleh Malaysian Press Institute (MPI) untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Media dan Undang-Undang: Perspektif Negara' kepada editor dan pengamal media di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

Apandi yang berceramah tentang media dan undang-undang selama lebih sejam itu kemudian menjawab soalan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Azman meminta belau mengulas tempoh lapan bulan perkhidmatannya.

Beliau dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai tahun lalu menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Menurutnya, walaupun dikritik tetapi beliau seronok dengan jawatan itu kerana sukakan sesuatu yang mencabar.

"Saya mengambil cabaran ini dan saya sentiasa sukakan cabaran.

"Saya beritahu diri dan orang lain, selagi tugas yang diambil melibatkan undang-undang, bidang yang amat saya suka, sudah tentu saya berminat," katanya di hadapan lebih 200 hadirin terdiri daripada editor, pensyarah komunikasi, wartawan dan jurugambar.

Sepanjang lapan bulan ini, Apandi berkata, beliau terpaksa berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan kepada pengamal media untuk mengelakkan kontroversi, lantaran itu beliau memang tidak lagi menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya.

"Untuk itu saya mengikut sunnah Nabi iaitu kita bercakap apabila perlu sahaja. Saya cakap dan komen apabila ia perlu sahaja. Walaupun anda hubungi saya beberapa kali, saya masih enggan memberi ulasan, maafkan saya," ujarnya.

Beliau memberitahu dirinya menyokong penubuhan Majlis Media Malaysia yang pernah dibangkitkan sebelum ini supaya pengamal media mengawal selia industri tersebut secara kendiri.

"Rang undang-undang telah siap, tapi perlu dibincangkan dengan berbagai pihak (sebelum dibawa ke Parlimen) dulu,"katanya.

Pada sesi itu, Mohamed Apandi ditanya pandangannya bagaimana menangani tuduhan salah lapor atau kenyataan yang ditulis di luar konteks kepada pengamal media, beliau berkata, media boleh menyaman pihak yang menafikan kenyataan mereka jika ada bukti.

"Anda mempunyai remedi undang-undang, saman mereka. Sekali sekala kamu juga perlu memberi pengajaran kepada mereka juga.

"Kadang-kadang kena ajar mereka. Saya juga tidak suka kepada orang yang bercakap bohong, apabila kenyataan itu secara jelas direkod, apa yang dia cakap, apa yang ditulis oleh wartawan tetapi dia nafi. Bawa dia ke mahkamah," tambahnya.-26/4/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 804  tetamu dalam talian