Sab05182013

Kemaskini terakhir11:58:40 PM GMT

Back Ruangan EKSKLUSIF BERSAMA

Nazri kata sudah tidak ada lagi rahsia antaranya dengan Anwar...

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan sikap sebenar DS Anwar Ibrahim sambil mendakwa tidak ada pemimpin Melayu seperti tokoh pembangkang itu yang sanggup perjudikan bangsa semata-mata kerana undi dan bagi memperolehi jawatan Perdana Menteri.

Katanya banyak perkara yang dipersetujui seperti termaktub dalam perlembagaan malah tidak lagi dipertikaikan orang-orang bukan Melayu tetapi kerana mahukan undi mereka Anwar sanggup mengungkit semula hal-hal itu.

Ini katanya termasuklah hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputra yang termaktub didalam perlembagaan negara yang kini sudahpun diterima pakai dan dipersetujui oleh rakyat Malaysia.

Nazri tidak hairan Anwar menjadikan isu-isu yang disebutkan isu sebagai...

Baca Lagi...

Azeez buat kerja sukarela bukan kerana kejar glamour

Nama Datuk Abdul Azeez Rahim, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, seperti sudah menjadi begitu sinonim dengan kerja-kerja sukarelawan sehinggakan jika sesuatu bencana berlaku, dan kelibatnya tidak kelihatan, orang akan bertanya mengapa dia tidak ada di tempat berkenaan.

Sejak Kelab Putera 1Malaysia ditubuhkan pada 2005, beliau sudah menganjurkan 30 misi bantuan kemanusiaan ke 29 negara di seluruh dunia.

Tetapi mengapa Azeez lakukan semua ini? Apakah yang dia perolehi dan adakah kerana ada...

Baca Lagi...

Wan Junaidi bercakap pasal politik Sarawak

KEMASKINI : Kebelakangan ini kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang dilihat rajin betul berulang alik ke Sabah dan Sarawak. Apabila pulang ke Semenanjung mereka jaja cerita kononnya ceramah di kedua-dua negeri itu mendapat sambutan, padahal realitinya hanya beberapa kerat sahaja yang hadir.

Misalnya kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Buntal baru-baru ini cuma dihadiri oleh 200 orang.

Daripada jumlah itu lebih separuh adalah pegawai kerajaan, polis, kakitangan...

Baca Lagi...

Jangan pinggirkan golongan profesional muda Melayu

Hasil perjuangan UMNO terhadap pendidikan negara telah memberi kesan terhadap pencapaian anak-anak Melayu hingga melahirkan ramai golongan profesional.

Golongan yang ditakrifkan sebagai menengah dan cerdik pandai ini terutama dikalangan anak muda Melayu telah melata di bumi Malaysia malah ada yang berada di luar negara untuk mencari rezeki.

Ramai diantara mereka beranggapan bahawa taraf profesional yang dimiliki hanya untuk diri sendiri sahaja tanpa menyedari bahawa mereka boleh berperanan...

Baca Lagi...

Razali tak risau...

Kebelakangan ini bermacam-macam strategi digunakan pembangkang untuk memperdayakan rakyat, termasuk membuat ramalan atau analisis kononnya boleh rampas kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di sana sini. Negeri Johor, yang menjadi kubu kuat UMNO tidak terkecuali, malah pembangkang sesama sendiri membuat ramalan boleh menang sembilan hingga 12 kerusi parlimen.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, ketika diminta komen mengenai kawasannya yang turut masuk dalam "senarai" sasaran...

Baca Lagi...

Lama tak dengar cerita Datuk Seri Idris Jusoh...

Datuk Seri Idris Jusoh tenang menyambut kehadiran kami -sekumpulan wakil media baru- di tingkat lapan Menara Mara Jalan Tengku Abdul Rahman tengahari Selasa.

Pengerusi Mara itu mengadakan jamuan kecil bagi menghebahkan Tabung Warisan Mara, sesuatu yang ditekuninya bagi manfaat orang-orang Melayu.

Beliau mudah mesra dan cepat berbaur dengan orang disekeliling, program penerangan mengenai Tabung Warisan Mara itupun dibuat secara bersahaja, dengan beliau sendiri menerangkan satu persatu...

Baca Lagi...

Menteri Besar Pahang sembang pasal Lynas dan PRU13...

Menjelang PRU ke 13, antara cerita menarik pasal Pahang adalah berkisar projek Lynas di Gebeng yang dipolitikkan pembangkang sama ada ianya boleh menjejaskan peluang BN menawan semula kerusi dimenangi lawan pada pilihanraya umum lalu.

Kerusi dimaksudkan adalah parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang jatuh ke tangan PKR.

Satu lagi  adakah Datuk Seri Adnan Yaakob atau kerap disebut sebagai Tok Nan kekal Menteri Besar atau berpindah ke Pusat jadi menteri kabinet.

Ditemui Agendadaily selepas...

Baca Lagi...

Apabila Tajudin Rahman berceloteh...

Datuk Tajudin Abd. Rahman memang terkenal dengan kelantangannya. Dia tidak kira dengan siapa dia bercakap. Kalau baginya ada yang tidak kena atau tidak betul, dia akan balun, tanpa berselindung, seperti kata orang Inggeris, `without fear or favour’.

Baru-baru ini, penulis berpeluang mendengar ucapan Ahli Parlimen Pasir Salak itu di majlis Jamuan Aidilfitri peringkat Zon Anak Sungai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam, Seberang Perak.Bagaimanapun, ucapannya dihadapan lebih 1,000...

Baca Lagi...

Cukup dua kali...Azalina tidak mahu lagi jadi Ahli Parlimen 'free'

Jika beliau dipilih semula sebagai calon BN Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said kali ini berharap sangat dapat berjuang di tengah gelanggang, menghadapi kempen dan menyerahkan sepenuhnya nasib kepada pengundi-pengundi di sana.

"Saya mahu menang dalam pertandingan supaya menjadi kayu ukur kepada prestasi sebenar selain pengesahan terhadap rekod perkhidmatan saya," katanya dalam satu interbiu dengan Agendadaily.

Ini kerana bekas menteri itu menang dua kali di kerusi Parlimen yang...

Baca Lagi...