Wow... 40 penerbangan tambahan MAS untuk PRU14
- Terakhir dikemaskini: 14 April 2018
Lagi berita gembira untuk rakyat Malaysia balik mengundi pada 9 Mei nanti.
Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan mengadakan 40 penerbangan tambahan serta menaik taraf 10 penerbangan perkhidmatan pesawat badan lebar ke destinasti domestik terpilih antara 5 dan 10 Mei ini susulan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Dalam satu kenyataan hari ini, MAB berkata berkata penerbangan tambahan itu dibuat memandangkan syarikat menjangkakan berlaku lonjakan permintaan di beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi rakyat pulang mengundi pada 9 Mei ini.
MAB turut menggalakkan penumpang membuat tempahan awal serta memilih untuk menaiki penerbangan paling awal atau lewat bagi menikmati tambang yang kompetitif.
"Syarikat akan terus memantau trend pasaran dan menimbang menambah penerbangan ke lebih banyak bandar raya bagi memastikan keperluan ditampung."
"MAB bersama-sama Firefly dan MASwings juga akan mengetepikan fi pertukaran penerbangan bagi rakyat Malaysia yang mempunyai tempahan sedia dengan syarikat bagi membolehkan mereka balik kampung dan mengundi," demikian menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut penepian itu terpakai untuk semua tiket bagi tarikh penerbangan antara 8 dan 10 Mei bagi perjalanan masuk dan keluar.-14/4/2018