15Disember2017

UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh

Asas penubuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah berlandaskan susunan yang memberi faedah bersama, dan memberikan bukan Melayu peluang bersuara yang sama, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
 
Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata hanya UMNO dan BN yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan.
 
"Bagi mencapai apa yang dianggap sebagai satu susunan yang memberi faedah bersama, ia pertamanya memerlukan kesepakatan orang Melayu, dan begitulah kisahnya bagaimana UMNO ditubuhkan yang pada mulanya merupakan satu gabungan pelbagai persatuan, pertubuhan dan pergerakan di seluruh negara," katanya menerusi catatan di laman blog beliau, hari ini.
 
Salleh berkata apabila UMNO diwujudkan, pemimpinnya duduk berunding dengan pemimpin Cina, India dan kaum etnik lain untuk membentuk satu gabungan yang dikenali sebagai Perikatan atau Parti Perikatan.
 
"Gabungan inilah yang berunding dengan Inggeris untuk mendapatkan kemerdekaan, dan sebahagian daripada intipati perjanjian kemerdekaan itu, antara lain, menyentuh isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan Melayu yang sekali gus menyaksikan peratusan majoriti Melayu berkurangan ke sekitar 50 peratus daripada penduduk keseluruhan di negara ini.
 
Salleh berkata ia merupakan satu pengorbanan besar atau pengorbanan yang wajar dilakukan oleh bangsa Melayu bagi menunjukkan kepada kaum bukan Melayu bahawa mereka adalah rakan setara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
 
"Tidak seperti di kebanyakan negara-negara Asia yang lain, perjuangan kemerdekaan di Malaysia dilancarkan secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah yang mengambil masa 11 tahun proses perundingan dari tahun 1946 hingga 1957, dan UMNO memastikan supaya rundingan bukan sahaja membabitkan kaum Melayu tetapi juga memasukkan kaum Cina, India dan etnik lain," katanya.
 
Salleh berkata untuk UMNO kekal selama 71 tahun dan Perikatan atau sekarang dipanggil Barisan Nasional selama 65 tahun, memperlihatkan terlalu sedikit perkongsian di mana-mana di dunia ini yang boleh meniru pencapaian tersebut.
 
"Inilah yang menjadikan Malaysia yang kita lihat pada hari ini," katanya.-5/12/2017
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1061  tetamu dalam talian