09Disember2018

Timbalan Menteri fail tuntutan nusyuz terhadap isteri

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya yang juga penyanyi, Noryn Aziz.

Tuntutan itu difailkan Ahli Parlimen Amanah Kuala Terengganu itu di Mahkamah Rendah Syariah di Terengganu, Julai lalu.

Bagaimanapun, Raja Kamarul Bahrin sebagai plaintif dan Noryn selaku defendan tidak hadir pada prosiding sebutan kali ketiga di hadapan Penolong Pendaftar Syarie Norhakimah Awang, semalam.

Pada prosiding itu, Raja Kamarul Bahrin diwakili peguamnya, Zulkifli Yong dari Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co manakala tiada wakil hadir bagi pihak Noryn atau nama penuhnya, Norazmahwati Abd Aziz.

Norhakimah kemudian menetapkan 18 Disember depan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Tuntutan nusyuz itu difailkan Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Amanah Terengganu terhadap Noryn selepas wanita itu memilih membawa haluan hidup sendiri.

Kes rumah tangga pasangan berkenaan dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, sejak 2017.

Sementara itu, Raja Kamarul Bahrin memohon semua pihak tidak mensensasikan kes berkenaan serta menghormati ruang privasinya dan Noryn.

“Saya cuma minta anda semua doakan yang baik-baik untuk kami.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai kami dan anak yang masih kecil,” katanya dipetik NSTP.

Sebelum ini, desas-desus rumah tangga pasangan itu mengundang tanda tanya selepas mereka dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.-11/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 328  tetamu dalam talian