21Jun2018

Tiada cadangan tubuh RCI siasat FELDA

Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini menegaskan adalah salah untuk menyatakan Majlis itu mempersetujui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berkaitan Felda.

CEP menyatakan demikian menerusi satu kenyataan hari ini susulan laporan portal berita bahawa Majlis itu telah memberi lampu hijau kepada penubuhan suruhanjaya diraja itu.

Ia menjelaskan dalam pertemuan dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), CEP mengambil maklum perkara yang dibangkitkan Anak bahawa penubuhan RCI bagi menyiasat isu berkaitan Felda terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

"Bagaimanapun, bukanlah dalam bidang kuasa Majlis untuk membuat keputusan berkaitan pekara itu. Oleh itu, adalah kurang tepat untuk menyatakan Majlis ini mempersetujui penubuhan RCI," jelas kenyataan itu.

Pengerusi Anak Mazlan Aliman memberi taklimat kepada CEP berhubung isu yang didakwa melanda Felda.-19/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 958  tetamu dalam talian