19November2017

Tak boleh tambah nilai di plaza tol PLUS 17-19 Okt

Pada yang hendak memulakan perjalanan balik kampung sempena cuti perayaan Deepavali sila pastikan tambah nilai dulu siap-siap sebelum masuk tol.

Ini kerana di semua 134 lorong tambah nilai di plaza tol PLUS tidak akan beroperasi ketika cuti perayaan Deepavali bagi menangani kesesakan lalu lintas.

Penutupan itu bermula pada 17 Oktober ini hingga 19 Oktober.

Ia bagaimanapun tidak melibatkan lorong tambah nilai di plaza tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, secara puratanya satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga tiga minit untuk setiap kenderaan.

Oleh itu, penutupan lorong tambah nilai di plaza-plaza tol amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh pengguna lebuh raya beratur yang untuk menambah nilai kad.

” PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 498  tetamu dalam talian