16Oktober2018

Undang-undang Islam bawah negeri... Selangor teruskan serbuan khalwat

Kepada geng-geng liberal dan sekular... jangan tepuk tangan dulu dengan polisi kerajaan baru... ini kerana Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan melibatkan semua kesalahan jenayah syariah, termasuk khalwat melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pengerusi Mais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegaskan pelaksanaan undang-undang syariah di bawah bidang kuasa negeri serta diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri.

“Mais bagaimanapun akan sentiasa memantau dan memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan bertepatan prosedur operasi standard (SOP) diluluskan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Justeru, Mais menasihati semua umat Islam di Selangor tidak melakukan apa-apa kesalahan termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Khusrin menggesa semua pihak memberi maklumat berkaitan perbuatan jenayah syariah untuk tindakan penguatkuasaan menerusi hotline Jais 1-800-88-2424.

Isu khalwat menjadi tumpuan selepas sebuah akhbar berbahasa Inggeris Sabtu lalu memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa sebagai berkata “tiada lagi kepolisan moral dan serbuan khalwat waktu malam atau menerjah kehidupan peribadi orang Islam”.

Laporan itu mengundang reaksi pelbagai pihak, termasuk mufti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil mengkritik serta menyokong kenyataan itu.

Mujahid bagaimanapun menafikan pernah berkata demikian dalam temu bual dengan wartawan akhbar itu dan mendakwa ia dirumuskan akhbar itu sendiri.

Beliau meminta akhbar itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akhbar dan portal mereka.-9/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 498  tetamu dalam talian