20Julai2017

Salleh bidas Mahathir labelkan Malaysia sebagai antara sepuluh negara paling korup

 
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung posting dalam blog beliau yang menyatakan Malaysia telah dilabelkan sebagai antara sepuluh negara paling korup di dunia.
 
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata pada 24 Januari, CNBC menyiarkan laporan yang menyebut sepuluh negara paling korup di dunia ialah Somalia, Sudan Selatan, Korea Utara, Syria, Yaman, Sudan, Libya, Afghanistan, Guinea-Bissau dan Venezuela.
 
"The New York Times juga memuatkan laporan pada 9 Disember, 2016 lebih kurang dengan menyatakan perkara yang sama, dan begitu juga dengan akhbar The Independent di UK (United Kingdom) pada 25 Januari, 2017 dan Fortune.com pada hari yang sama.
 
"Bulan lepas, pada 14 Mac, 2017, CheatSheet menyenaraikan 15 negara paling korup di dunia dan masih Malaysia tidak berada dalam senarai," kata Salleh menerusi catatan dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, Jumaat.
 
Beliau berkata ranker.com juga menyiarkan senarai negara paling korup berdasarkan laporan Transparency International dan Malaysia langsung tidak berada dalam senarai 100 teratas.
 
"Jadi, dari mana Mahathir mendapatkan faktanya? Adakah seseorang telah membekalkannya dengan berita palsu???, tanya Salleh.
 
Semalam, Mahathir membuat beberapa dakwaan terhadap Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blog beliau.- 21/4/2017

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1237  tetamu dalam talian