14November2018

RTM semakin efisyen, siar program dinamik dan menarik untuk rakyat - Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan sekadar menyampaikan maklumat kerajaan, malah bertanggungjawab menyiarkan program dinamik dan menarik untuk rakyat.

Beliau menegaskan rakyat berhak mendapat program yang dinamik dan menarik kerana kos operasi RTM dibiayai kerajaan dan wang rakyat.

Salleh berkata demikian dalam "Forum Indonesia: Solusi Untuk Negeri" di Padang,Sumatera Barat , yang menyentuh dan membincangkan mengenai isu berkaitan penggabungan stesen radio dan televisyen.

Forum itu disiarkan secara langsung oleh Televisi Republik Indonesia (TVRI) dan Radio Republik Indonesia (RRI).

Antara anggota panel lain dalam forum itu ialah Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara.

RTM adalah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen.

RTM bermula pada 1 April 1946 ketika siaran radio diperkenalkan, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963.

Beribu pejabat di Angkasapuri, kini RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta tiga saluran televisyen.

Salleh berkata penggabungan stesen televisyen dan radio itu juga membolehkan kos operasi RTM lebih efisyen dan memudahkan program latihan.

Salleh berada di Padang bersempena sambutan Hari Pers Indonesia yang akan dirasmikan Presiden Joko Widodo pada Jumaat ini (9 Feb).- 7/2/2018- Oleh Mohd Shukri Ishak,Bernama

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 433  tetamu dalam talian