15November2018

Roti Gardenia naik harga kerana SST

Seperti dijangka... Syarikat pengeluaran roti antarabangsa Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produk akan naik berkuatkuasa hari ini kerana kenaikan kos bahan dan pengeluaran.

Produk yang terkesan adalah sapuan kaya Auntie Rosie’s Original Homestyle dan Auntie Rosie’s Natural Pandan (RM2.85 kepada RM3) dan sapuan cokelat Delicia Milky Chocolate (RM6.70 kepada RM7.20) dan Hazelnut Chocolate (RM8.60 kepada RM9.10).

Roti Delicia Butterscotch, Choco Raisin, Raspberry Milk and Cranberries dan Butter Raisin naik daripada RM4.35 kepada RM4.50, manakala 4 roti roll berkrim – vanila, jagung, butterscotch dan cokelat – akan naik 5 sen kepada RM0.85.

Produk lain – roti fibremeal, cottage Eropah, Squiggles, Twiggies dan Muffin Supremes dan seterusnya – tidak terkesan, kata Gardenia.

Jurucakap Gardenia memberitahu kenaikan harga itu ditentukan selepas kenaikan kos bekalan bercukai dalam beberapa bulan kebelakangan ini seperti cokelat, lelemak sayuran dan pembungkusan.

“Kita tak boleh lagi tahan harga barang-barangan itu kerana kenaikan kos pengeluaran, operasi, pengedaran dan lain-lain.

“Manakala bagi produk-produk lain, kami sedang menyerap kenaikan kos dan akan cuba menambahbaik produktiviti dan kecekapan kami,” kata jurucakap itu.

Awal hari ini, kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kuala Lumpur Koh Chin Huat kepada peruncit Gardenia yang mengesahkan keputusan itu tular di media sosial.-1/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1169  tetamu dalam talian