15November2018

Rizab antarabangsa susut - Bank Negara

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut 1.07 peratus kepada AS$101.7 bilion (RM424.01 bilion) setakat 31 Oktober lalu, berbanding AS$102.8 bilion (RM428.59 bilion) pada 15 Oktober lalu.

Menurut BNM, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

“Rizab mata wang asing menyumbang sebahagian besar daripada rizab tersebut iaitu AS$96 bilion (RM400.24 bilion) manakala rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) ialah AS$900 juta (RM3.75 bilion).

“Bagi rizab-rizab lain terma­suk Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) pula ialah AS$1.1 bilion (RM4.59 bilion) diikuti emas AS$1.5 bilion (RM6.25 bi­lion) dan aset rizab lain, AS$2.2 bilion (RM9.17 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Jelas BNM, jumlah aset bank berjumlah RM443.016 bilion manakala mata wang dalam edaran berjumlah RM103.141 bilion.-8/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 959  tetamu dalam talian