22Jun2018

Polis nafi kes culik, ambil organ Kanak-kanak di Johor

Riuh rendah di media sosial pasal kes seorang budak di Johor kononnya diculik dan organ dalamannya dibuang.

Siap ada gambar budak dan gambar penjenayah lagi bagaimanapun Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menafikan perkara tersebut.

Menurutnya berkata penyebaran gambar itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

"Gambar yang tersebar itu menunjukkan seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan kesan kelaran di bahagian leher dan jahitan di sepanjang atas badan dipercayai telah meninggal dunia serta semua organ dalaman juga telah didapati tiada.

"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata beliau dalam kenyataan.Polis Nafi Kes Culik, Ambil Organ Kanak-kanak Di Johor

Katanya mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.-9/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 526  tetamu dalam talian