17November2018

PKR gesa pertimbang semula perlantikan Presiden UIAM

Naib Presiden PKR R. Sivarasa mahu pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dipertimbangkan semula.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar itu menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sebagai contoh, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cuba mengambil portfolio pendidikan tetapi berundur kerana bercanggah dengan manifesto,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Kecil Seri Setia di Taman Ladang Glenmarie, malam tadi.

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Anggota Parlimen Simpang Renggam.

Pelantikannya dikatakan melanggar manifesto PH bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

PH juga berjanji untuk memulihkan kembali kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi.-6/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 413  tetamu dalam talian