15November2018

PH gagal ujian pertama kebebasan akhbar...

Nampaknya media bebas hanyalah slogan kosong kerajaan Pakatan Harapan sama seperti manifesto dan lain-lain janji yang dibuat sebelum ini.

Ini selepas akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! dihalang daripada mendapatkan laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Laporan dalam bentuk embargo itu mula diedarkan kepada media semasa taklimat tertutup RMK-11 yang dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tengah hari tadi.

Difahamkan dua akhbar berkenaan dihalang daripada mendapat laporan itu atas arahan pihak tertentu dari sebuah kementerian.

Walau bagaimanapun, atas 'budi bicara', pegawai bertugas telah menyerahkan laporan berkenaan kepada wakil Kosmo!, dan meminta dikongsi bersama Utusan Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-11, 2016-2020 Keutamaan dan Penekanan Baharu di bangunan Parlimen, Khamis.-18/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 912  tetamu dalam talian