25September2017

Pencarian MH370 akan disambung semula...?

Pasukan Bertindak MH370 sedang mengkaji beberapa cadangan daripada pihak-pihak berminat untuk menjejaki pesawat malang berkenaan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
 
Ujarnya, ini berdasarkan semua maklumat yang ada termasuk laporan Pencarian Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation’s (CSIRO) for MH370 and Surface Drift – Bahagian III yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini.
 
Azharuddin berkata perkara itu akan dibawa kepada perhatian Australia dan China untuk mendapatkan pandangan mereka.
 
"Saya ingin menegaskan bahawa hasrat untuk menjejaki MH370 tidak akan diabaikan dan setiap keputusan yang dibuat telah dan akan sentiasa berdasarkan semangat kerjasama tiga pihak antara ketiga-tiga negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
 
Azharuddin berkata laporan itu menampilkan analisis yang teliti mengenai corak aliran hanyut MH370 di lautan yang telah ditapis berdasarkan maklumat dan imej satelit.
 
"Kami terus mendapat petunjuk tentang bagaimana ini boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti lokasi tertentu pesawat,” kata beliau.
 
Azharuddin berkata semasa mesyuarat Tiga Pihak peringkat Menteri pada Julai tahun lepas, Kerajaan Australia, Malaysia dan China telah bersetuju bahawa pertimbangan akan diberi dalam menentukan langkah seterusnya jika ada maklumat baharu yang boleh dipercayai muncul yang boleh digunakan untuk mengenal pasti lokasi pesawat.
 
Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
 
Pesawat malang itu diisyhtiharkan 'terkubur' di lautan Hindi, selepas kira-kira dua minggu hilang.
 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web ATSB hari ini, Ketua Pesuruhjaya ATSB, Greg Hood berkata pihaknya telah mengeluarkan dua laporan hari ini, yang disediakan oleh Geoscience Australia dan Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO), yang menyediakan analisis dan penemuan berkaitan imej satelit yang diambil pada 23 Mac, 2014, dua minggu selepas kehilangan MH370, di selatan Lautan Hindi.
 
Hood berkata pakar-pakar dari Geoscience Australia telah mengenal pasti beberapa objek daripada empat imej satelit yang diperolehi melalui bantuan pihak berkuasa Perancis, yang diklasifikasikan sebagai mungkin buatan manusia.
 
"Resolusi imej tidak cukup tinggi untuk memastikan sama ada objek adalah daripada MH370 atau objek lain yang munglin ditemukakan terapung di lautan di seluruh dunia," kata beliau.
 
Menurut kenyataan ATSB, memandangkan jarak ke kawasan pencarian di dasar laut yang ditakrifkan, CSIRO menjalankan kajian drif untuk menentukan dari mana asal objek-objek geografik yang dikenal pasti dalam imej satelit untuk memberikan petunjuk tentang lokasi objek-obek itu berada pada 8 Mac, 2014.
 
Ia berkata kajian drif mendapati bahawa lokasi yang diunjurkan pada 8 Mac mengenai objek-objek yang dikenal pasti dalam kebanyakan imej satelit adalah konsisten dengan kawasan yang dikenal pasti oleh pakar-pakar semasa Kajian Prinsip Pertama MH370 pada November 2016.
 
"Jelas, kita harus berhati-hati. Objek-objek ini belum tentu dikenal pasti sebagai serpihan MH370,"kata Hood.-17/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 472  tetamu dalam talian