20September2018

Pemuda UMNO Perak yakin calon pilihan pucuk pimpinan

Pergerakan Pemuda UMNO Perak berpegang kepada ketetapan siapa juga yang diangkat menjadi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti pergerakan itu akan memastikan calon berkenaan membawa bendera kemenangan Barisan Nasional (BN).                                    

Ketuanya, Khairul Shahril Mohamed berkata, pihaknya tidak kisah sama ada pucuk pimpinan mahu mengekalkan mula lama ataupun mengemukakan  calon baharu kerana yang lebih penting dan menjadi keutamaan ialah kemenangann BN.

``Kita berpegang kepada ketetapan pemimpin, siapa juga yang akan mereka angkat nanti kita akan pastikan untuk  membawa kepada kemenangan BN.

``Siapa yang juga yang diangkat waima kekalkan ketua UMNO bahagian atau mengantikan kepada calon baruke…calon lama atau calon baru ke kita akan tetap dengan pendirian kita lebih mengutamakan BN itu sendiri,’’ katanya kepada pemberita di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh pada Selasa.

Khairul yakin pucuk pimpinan lebih layak dalam menentukan perkara itu dengan mengambil kira semua pandangan dalam segala aspek.

``Kita sebenarnya yakin pucuk pimpinan lebih hebat dari segi menilai… pandai dari segi menentukan siapa yang sesuai dijadikan calon untuk membawa bendera BN, itu yang penting.

``Cuma bagi pihak saya….saya selaku pemimpin parti…saya lebih menekankan kepada kepentingan hiraki parti itu penting….cumanya akhir sekali kalau siapa nak diangkat jadi calon no problem….kita pastikan jentera kerja keras memenangkan calon yang akhirnya BN kekal di Perak dan Persekutuan dalam kerajaan BN itu yang penting,’’ katanya.

Beliau menjelaskan UMNO telah lama bekerja keras sejak pilihan raya umum ke13 lalu dan yakin tiada perbalahan berlaku dalam parti.

``Tak kan kerana sikit hal akhirnya last lap (pusingan)  nak jatuhkan motor untuk pergi ke penamat?katanya.

Khairul juga memberitahu pemberita bahawa Pemuda Perak berharap pucuk pimpinan parti mengenengahkan jumlah calon melebihi daripada yang disenaraikan pada PRU13 lalu.

``Kita telah mengusulkan senarai calon kepada Ketua Pemuda UMNO dan mengharapkan pucuk pimpinan memberikan perhatian dan penilaian terbaik dalam perkara ini,’’ katanya.-14/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 490  tetamu dalam talian