19November2017

Pemuda UMNO kecam Matthias Chang

Pemuda UMNO mengecam tindakan peguam yang juga penyokong kuat Tun Mahathir Mohamad, Matthias Chang kerana mengeluarkan kenyataan "Utamakan Allah, Bukan Utamakan Najib , Utamakan Allah Bukan Parti UMNO" yang jelas berbaur provokasi politik kebencian.
 
Exco Pergerakan Pemuda UMNO,Datuk Armand Azha Abu Hanifa berkata, tiada masalah dengan kenyataan "Utamakan Allah" kerana sebagai umat Islam adalah wajib untuk kita mengutamakan Allah SWT tetapi kenyataan itu perlu dikecam dan bantah apabila ia disambung dengan kenyataan provokasi politik kebencian.
 
"Video ucapan provokasi beliau yang tersebar di laman facebook Lemuria Pohnpei bertarikh 9 September pada jam 3.44 petang jelas menunjukkan Matthias "Barking Dog" bagi "Top Dog" dalam pakatan, menyalak tanpa arah tuju.
 
"Kenyataan beliau yang mengatakan Amerika sebagai "Bastard" dan Presiden Amerika Donald Trump "Stupid" jelas menunjukan beliau tidak matang dan professional malah ianya boleh menganggugugat hubungan bilateral diantara Malaysia dan Amerika," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sebelum ini, Matthias dilihat telah beberapa kali cuba menjatuhkan imej dan maruah negara samada di dalam mahupun luar negara dengan menghasut rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Matthias the "Barking Dog" telah mengeluarkan kenyataan ini sempena lawatan rasmi Najib ke Amerika," katanya.
 
Sehubungan itu, Armand Azha berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap ucapan provokasi Matthias.
 
"Saya turut berharap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bersama bagi mengecam tindakan beliau yang mengeluarkan kenyataan "Utamakan Allah, Bukan Utamakan Najib , Utamakan UMNO Bukan Parti UMNO"," katanya.-11/9/2017
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 665  tetamu dalam talian