13Disember2017

Pembangkang Malaysia paling kaya di dunia...?

Pakatan Harapan boleh diibaratkan sebagai gabungan parti pembangkang antara yang terkaya di dunia kerana pemimpinnya terdiri daripada mereka yang mewah dengan harta dan wang ringgit.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu mendakwa kekayaan Pakatan Harapan kini mungkin melebihi kekayaan yang dimiliki oleh Pengasas Microsoft dan Raja Arab Saudi.

Beliau memberi contoh antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli memiliki anak beranak yang kaya raya hasil salah guna kuasa dan rasuah sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar pada tahun 2006 pernah didakwa menerima dana RM21.3 juta daripada Amerika Syarikat yang disalurkan melalui Kongres Amerika untuk membiayai yayasan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan tentang dakwaan DAP pernah menerima dana dari Israel berjumlah RM1.2 bilion yang tidak pernah dijawab oleh parti itu hingga hari ini.

“George Soros juga dikatakan ada beri sumbangan dana kepada pembangkang Malaysia dalam gerakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Ramesh Rao mendakwa Pakatan Harapan berkemungkinan membayar media asing untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia kerana mereka memiliki dana yang besar.

“Pembangkang juga melobi Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika untuk buat tuduhan palsu berkaitan 1MDB serta saman sivil yang sehingga kini tidak dibuktikan kebenarannya,” dakwnya lagi.-13/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 752  tetamu dalam talian