21September2017

Pegawai JAWI disaman kerana salah guna kuasa...

Sepasang suami isteri memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan kerajaan Malaysia susulan penangkapan dan penahanan mereka dalam satu operasi khalwat bulan lepas, walaupun mereka telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu.
 
Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, serta ibu Ridhuan menamakan pegawai penguat kuasa Mohd Shiham Ramli, Mohamad Izehar Md Amin, ketua pegawai penguatkuasa agama JAWI, ketua pengarah JAWI, JAWI, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
 
Saman sivil tersebut telah difailkan oleh tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguambela pasangan itu, Yusfarizal Yusoff berkata, anakguamnya telah dibawa ke Balai Polis Tun H.S.Lee sebelum ke pejabat Jawi untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak dibebaskan melainkan menandatangani bon diri.

"Saman itu difailkan di mahkamah sivil kerana penahanan mereka adalah tidak sah dan berlaku pelanggaran hak asasi,"
 
Tujuh pegawai penguat kuasa lelaki dan seorang penguat kuasa wanita menyerbu hotel tersebut pada jam 1:30 pagi pada 8 Januari lepas.
 
Ridhuan memaparkan gambar sijil nikah mereka kepada pegawai-pegawai JAWI. Tetapi pegawai lelaki JAWI didakwa menyerbu masuk walaupun Siti Sarah minta diberi peluang memakai pakaian, tetapi mereka terus mengambil gambar dan video.
 
Mereka mendakwa ketika Ridhuan dibawa ke lobi hotel, Siti Sarah masih berada dalam bilik bersama pegawai penguat kuasa Jawi lelaki.
 
Siti Sarah didakwa diminta memakai baju dengan kehadiran pegawai lelaki tersebut. Mereka kemudian dibawa ke Jawi dan dikurung di bilik berasingan.
 
Ibu Ridhuan kemudian datang membawa sijil pernikahan asal pada malam yang sama untuk mendapatkan pelepasan mereka tetapi mereka enggan terima sijil itu.
 
Mereka mendakwa penahanan mereka adalah tidak sah dan berlaku pelanggaran hak asasi mereka.-17/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 908  tetamu dalam talian