23November2017

PAU cetus daya juang baharu anggota UMNO hadapi PRU14

Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 5 Dis depan fokus untuk mencetuskan daya juang baharu dalam kalangan anggota dan pemimpin parti UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata inisiatif berkenaan dilakukan bertujuan memastikan semua jentera bermula di peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan tertinggi parti berkenaan bersiap sedia dengan strategi dan langkah untuk memastikan kemenangan UMNO pada PRU14.

"PAU merupakan platform terbaik kita terutama di peringkat pucuk pimpinan tertinggi untuk menyampaikan amanat, misi dan visi untuk menghadapi PRU14 akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi Alor Gajah pada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata pelbagai kaedah atau pendekatan akan dilakukan bagi menyemarakkan suasana sepanjang perhimpunan berkenaan selain memberikan semangat 'winning mentality' bagi menghadapi PRU14.

Terdahulu beliau merasmikan dewan sekolah berkenaan yang dibina dengan kos berjumlah RM350,000 dan siap sepenuhnya pada 23 Mei lepas.

Katanya dewan berkenaan diharap memberi keselesaan kepada pelajar selain menaik taraf kemudahan di sekolah berkenaan.-13/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 649  tetamu dalam talian