23November2017

Paderi didakwa cabul anak angkat lapan tahun serah diri

Seorang paderi menyerah diri kepada polis hari ini, susulan laporan mendakwa dia mencabul seorang gadis berusia 17 tahun di bawah jagaannya.
 
China Press melaporkan paderi berusia 49 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan ditemani ahli keluarganya pada jam 1.30 tengah hari tadi.
 
Akhbar itu melaporkan paderi berkenaan menjadikan mangsa yang merupakan anak seorang ahli perniagaan wanita dari China sebagai anak angkat lapan tahun lalu.
 
Menurut laporan itu, empat bulan selepas membawa mangsa pulang ke rumahnya, suspek mula menunjukkan belang dan didakwa mencabul mangsa hampir setiap hari, termasuk ketika beliau tidur.
 
Bagi mengelakkan perbuatannya terbongkar, paderi itu dikatakan mengugut mangsa dan tidak membenarkan gadis terbabit menemui ibunya secara bersendirian selama lapan tahun.
 
Malah, suspek didakwa memukul dan tidak memberi makanan kepada mangsa jika beliau melawan.
 
China Press melaporkan mangsa berjaya melarikan diri dari rumah suspek pada jam 7 pagi, 8 Oktober lalu dan mendapatkan bantuan ibu kandung serta Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng, sebelum membuat laporan polis.-19/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 660  tetamu dalam talian