26April2018

'Orang muda' antara calon BN di Perak

Menteri  Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengakui akan ada calon muka baru muda dari kalangan lelaki dan wanita yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Dr Zambry  yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagaimanapun berkata, beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berhubung senarai calon itu apabila diarahkan oleh Presiden parti yang juga Pengerusi BN.

``Sudah pasti akan ada orang muda…mereka juga bukan hanya memberi harapan orang muda…saya sebutkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada kita dan dalam masa yang sama mereka juga aktif.

``Dan ini akan kita terjemahkan juga di kalangan orang muda untuk menjadi wakil rakyat termasuk sama ada yang muda itu lelaki mahupun perempuan…jadi yang kita nak maksud di sini janganlah  hanya khusus kepada orang lelaki sahaja…golongan itu terdiri daripada orang lelaki dan wanita dalam kategori lingkungan orang muda.

``Saya akan umumkan nanti berapa peratus calon golongan muda apabila diarahkan oleh Presiden parti yang juga Pengerusi BN,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-21 Majlis Belia Negeri Perak di Hotel Heritage, Ipoh pada Ahad.

Menurut Dr Zambry, agak terlalu awal untuk BN Perak umumkan senarai calon ini walaupun proses penentuan calon-calon telahpun siap.

``Proses itu telahpun siap cuma saya menanti masa sahaja …jadi saya ulangi berita yang menyatakan bahawa negeri Perak tidak mengumumkan nama disebabkan ada masalah dalaman yang serius itu tidak benar.

``Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa Perak adalah negeri yang paling tidak ada masalah untuk mengumumkan calon,’’ katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ketua parti komponen BN negeri Perak termasuk juga diperingkat Pusat yang memberikan sokongan yang kuat dan persefahaman yang baik.

``Mereka termasuklah Presiden MCA, MIC, Gerakan dan  MyPPP  dan kita telah mengadakan siri perbincangan atas semangat musyawarah dan semangat yang mereka tunjukkan telah memberikan satu perspektif yang luas untuk parti kita mencapai kemenangan di Perak.

``Dan bukan lagi persoalan sama ada kuota ini dimilik oleh parti ini.. kuota ini,  kerusi ini milik parti ini …tapi kami bincangkan kesemuanya dalam kontek untuk memenangi kerusi-kerusi di negeri Perak,’’ katanya.

Dr Zambry juga tidak menolak kemungkinan akan ada pandangan `serong’ di pihak disebelah sana yang cuba mengambil kesempatan  berhubung  perkara ini nanti.

``Maka tentu akana ada pandangan disebelah sana yang  mengambil kesempatan kalua sekiranya ada kerusi-kerusi tertentu yang difikirkan lebib baik kepada salah satu komponen kita bertanding daripada komponen parti itu bertanding…akan ada mengatakan bahwa ini adalah merupakan tindakan dibuli dan sebagainya.

``Tetapi dalam emangat kami bukan soal dibuli tetapi lebih kepada semangat untuk membuat keputusan yang terbaik untuk memberikan kemenangan  kepada BN.

Ditanya manifesto BN Perak, Dr Zambry  mengesahkan pelancaran manifesto itu akan dilancarkan pada Rabu ini.

``Kita akan lancarkan dalam tempoh beberapa  hari lagi … saya akan umumkan tarikh bila kita akan lancarkan dan persiapan  awal pelancaran manifesto telahpun dibuat..Insyallah dijangka pada hari Rabu akan kita umumkan.’’ katanya.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1055  tetamu dalam talian