Najib pertahan cadangan berpakat dengan PAS
- Terakhir dikemaskini: 19 September 2018
Datuk Seri Najib Razak menyokong langkah Presiden UMNO untuk berpakat dengan PAS walau ada bantahan segelintir pemimpin parti.
Bekas perdana menteri itu menyifatkan langkah Datuk Seri Zahid Hamidi bekerjasama dengan PAS “tidak salah” kerana ia juga dilakukan PKR dan DAP.
Menulis di Faceboook hari ini, Najib berkata penggantinya perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk memastikan UMNO dan hala tujunya dapat diperkasa.
“Tetapi pada pendapat saya, perjuangan untuk Melayu dan Islam tidak akan lengkap tanpa berjuang untuk semua rakyat Malaysia tidak mengambil kira kaum dan agama,” katanya.-19/9/2018
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.