17November2018

Najib juga perlu diberi nasihat...

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diberi nasihat terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman dalam kes 1MDB.

Ini berikutan pendirian kerajaan agar pesalah diberi nasihat dahulu sebelum dikenakan hukuman.

"Mungkin selepas ini Najib pun akan dilayan dengan lembut, tidak dihukum secara kejam. Mungkin diberi nasihat kerana kes 1MDB ini samar-samar dan kes pertama kali," kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan kekasih lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh Islam.

Dr Mahathir berkata, ia adalah kesalahan pertama pasangan tersebut dan mereka sepatutnya diberikan nasihat serta tidak terus dijatuhkan hukuman sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, amat penting supaya kita menunjukkan agama Islam ini bukanlah agama  bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum berat mengaibkan orang.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh turut mencadangkan kerajaan PH  meminda dan menghapuskan semua hukuman rotan agar kerajaan tidak dilihat zalim, 'barbaric' dan bengis.-7/9/2019

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 396  tetamu dalam talian