25September2017

Menteri beri penjelasan terkini isu jemaah haji terkandas

Daripada lebih 1,400 jemaah haji yang terkandas, kini hanya tinggal seorang bakal haji dari negara ini yang masih belum ke tanah suci berikutan masalah visa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masalah itu dijang­ka selesai dalam masa terdekat.

“Daripada 1,400 jemaah yang terkandas sebelum ini, sekarang hanya tinggal seorang. Jumlah yang terkandas sebenarnya tidak ramai tetapi kerana individu yang berdepan masalah itu saling berkaitan jadi kes berkenaan nampak seperti besar.

“Ada kes suami yang terkandas, jadi isterinya tidak mahu pergi, malah ada pula kes hingga membabitkan lapan individu ke­rana mereka bersaudara,” katanya pada Khamis.

Dalam perkembangan berkai­tan, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai masalah bakal haji terkandas.

Jamil Khir memberitahu, beberapa individu pernah menghubungi­nya dan bertanya sama ada isu tersebut mempunyai kaitan dengan dakwaan pihak tertentu kononnya Lembaga Tabung Haji menghadapi masalah sehingga tidak mampu membeli tiket kapal terbang.

“Ini tidak benar, isu visa diluluskan atau tidak bergantung kepada pihak Arab Saudi, jadi orang ramai perlu hentikan dakwaan yang tidak benar ini,” jelasnya.-18/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 485  tetamu dalam talian