23November2017

MB Perak turun ke Pulau Pinang bantu membersih rumah mangsa banjir

Perak bukan sekadar menghulur bantuan kewangan juga terlibat sama menghantar satu pasukan khas bantuan tenaga kerja secara sukarela yang turut turun padang membantu kerja-kerja membersih kesan banjir besar di Pulau Pinang minggu lalu.

Pada hari Jumaat sejak pagi mereka sudah berada di lapangan membantu kerja-kerja pembersihan bagi meringankan penanggungan penduduk-penduduk yang terkesan banjir besar. Fokus mereka di beberapa buah kampung yang terletak dalam kawasan parlimen Tasik Gelugor.

Pasukan khas yang baru dibentuk secara ad hoc ini diketuai Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir disertai para pegawai kanan termasuk kira-kira 800 orang sukarelawan. Mereka berada sepanjang  hari di beberapa kawasan di negeri itu membantu kerja-kerja pembersihan.

Menteri Besar berkata skuad ini dinamakan sebagai  ‘Team Bencana’ serta fokus mereka pada hari ini ialah di kawasan parlimen Tasik Gelugor.

Ia melibatkan tokoh-tokoh berprofil tinggi seperti beberapa anggota EXCO Kerajaan, pasukan RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bandaraya Ipoh, RELA Perak, dan Yayasan Bina Upaya (YBU). Juga kelihatan mereka yang mewakili majlis daerah seperti  Daerah Kerian, Selama, Gerik, dan Manjung.

Selain menghabiskan masa empat jam melakukan kerja-kerja pembersihan, Menteri Besar terlibat mengagih-agihkan sumbangan. Dan dengan mengenakan t-shirt, Menteri Besar juga bergerak dari rumah ke rumah meninjau dan berbual dengan penduduk.

Cerita mereka sama bagaimana air memasuki ke dalam rumah-rumah mereka sehingga usaha menyelamatkan kerusi meja dan perkakas dapur gagal.

Yang lebih tragis ada yang kehilangan dokumen penting seperti paspot, geran kereta, lesen kenderaan dan sebagainya.

Untuk rekod seramai 228 keluarga dari 12 buah kampung mendapat sentohan skuad dari Perak ini. Mereka berada di sini sehingga lewat petang dan ahli rombongan pulang meninggalkan kesan yang”manis” buat penduduk terlibat banjir.

Dr.Zambry yang mengulas keadaan ini juga agak terkejut mendapat tahu misi ini disertai 800 orang sukarelawan.

Oleh kerana ia diusahakan pihak kerajaan maka kelihatan sukarelawan terlibat terdiri kebanyakkannya pegawai kerajaan dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi-agensi negeri  termasuk juga NGO.

Menteri Besar berkata fokas skuad ialah kawasan-kawasan yang masih mempunyai pusat-pusat pemindahan sementara. Pasukan dari Perak ini katanya dibahagikan mengikut 8 kumpulan.

Selain di kawasan Tasik Gelugor Dr.Zambry berkata mereka turut berada di Balik Pulau dan Bagan,.

Ketika pasukan ini sampai dia dua kawasan yang terjejas teruk kesan banjir iaitu di Permatang Berangan dan Sungai Dua kelihatan penduduk masih lagi melakukan kerja-kerja pembersihan longgokan sampah sarap serta  mengangkat barang-barang seperti kerusi meja. 

Menurut Dr Zambry sebagai jiran, Perak turut menghulur bantuan seperti dilihat usaha skuad khas ini.

Katanya mereka tampil membantu  bukan soal politik atau sebagainya tetapi kerana keperihatinan kita sebagai rakyat Malaysia .” . . .  kita mahu berkongsi bebanan mereka supaya ianya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Misi bantuan ini turut berada di kawasan Permatang Berangan dan Sungai Dua yang merupakan antara kawasan paling teruk terkesan dengan bencana banjir,” katanya.

Beliau terharu melihat ramai sukarelawan tampil dalam rombongan skuad pasca banjir ini. “Saya dapati keadaan amat memberangsangkan . . . saya jangkakan pasukan kita  sekitar 300 orang sahaja namun pada saat-saat akhir, pelbagai pihak telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai bantuan ini.

“Alhamdulillah, kesemua sukarelawan dari Perak telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan untuk masuk ke 12 buah kampung dan memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu seorang sukarelawan yang ditemui berkata:“Kami ikut pasukan khas ini kerana mahu memberikan sumbangan tenaga lebih-lebih lagi mendapati kesan banjir besar di sini . . . keadaan trauma dapat dikesan di wajah-wajah mereka yang kami temui.”

Pasukan khas ini dibentuk seperti diumumkan Menteri Besar dan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Puhat Nayan.- 11/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 612  tetamu dalam talian