14Disember2018

MB Negeri Sembilan akan diganti... Rafizi antara calonnya

Dalam riuh tempik sorak akan ada rombakan Kabinet di peringkat pusat... di peringkat negeri juga katanya ada perubahan.... antaranya desas-desus Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang baru menjalani pembedahan jantung menafikan akan diganti tidak lama lagi.

Aminuddin menyifatkan tanggapan Rafizi Ramli bakal menggantikannya sebagai MB hanya “spekulasi nakal”.

“Bagi saya, Rafizi mempunyai peranan lebih besar, bukan di peringkat negeri,” kata Aminuddin selepas mesyuarat exco di rumahnya hari ini, lapor Berita Harian.

Beliau mengulas desas-desus berkaitan naib presiden PKR bakal dinamakan bertanding di DUN Rantau ekoran petisyen yang difailkan calon PKR, Dr S. Streram.

Bercuti selepas pembedahan pintasan jantung, beliau berkata mahkamah belum memutuskan petisyen itu bagi membolehkan pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

“Apa pun, kita sedar jika PRK diadakan, ia akan menjadi sengit kerana menentang timbalan presiden UMNO [Datuk Seri Mohamad Hasan] di kubu kuat parti itu.”

Aminuddin menyerahkan kepada biro politik PKR dan presiden untuk memilih calon walau ada dua atau tiga calon tempatan dan luar yang boleh diketengah.

Pada 23 Mei lalu, calon PKR Dr S Streram membuat petisyen agar PRK di DUN Rantau diadakan serta-merta berikutan penyandangnya tidak dipilih secara sah.

UMNO pada 6 November lalu melancarkan jentera pilihan raya DUN itu sebagai persediaan awal dan melancarkan gerak kerja parti pada peringkat akar umbi.-15/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 715  tetamu dalam talian