25September2018

Manifesto Pakatan Harapan tidak bela kaum India

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan yang diketuai DAP dilihat tidak langsung memberi fokus untuk membela dan memperkasakan sosioekonomi kaum India.

Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh berkata, manifesto itu tidak membawa apa-apa perkara baharu untuk kepentingan kaum India selain janji yang dibuat hanya bersifat populis dan sukar dilaksanakan.

Beliau tidak terkejut dengan perkara itu memandangkan dalam Pakatan Harapan sendiri tiada pemimpin mewakili kaum India yang bersungguh-sungguh berjuang membawa agenda kaum tersebut.

"Pemuda MIC melihat janji manifesto mereka tidak langsung khusus kepada usaha untuk membela kebajikan dan memperkasakan sosioekonomi belia serta kaum India," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.-10/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 496  tetamu dalam talian