20Julai2017

Malaysia tidak amalkan kadar tol serata - Wahid Omar

Malaysia tidak mengamalkan pendekatan mengenakan kadar tol lebuh raya yang serata atau tetap tanpa sebarang kenaikan seperti yang diamalkan di sesetengah negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata pendekatan kadar tol yang serata akan menyebabkan bayaran tol yang dikenakan adalah tinggi sejak dari awal penggunaan lebuh raya.

"Malaysia mengambil pendekatan di awal penggunaan kadar tol adalah rendah dan membenarkan syarikat konsesi meningkatkannya pada setiap tiga tahun atau lima tahun," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu kenaikan tol di 12 lebuh raya di Lembah Klang yang diumumkan baru-baru ini.

Abdul Wahid ditemui selepas menyertai lebih 4,000 peserta larian Statsrun 2015 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putrajaya di Putrajaya Sabtu. Larian ini diadakan bersempena Hari Statistik Sedunia pada 20 Okt.

Jelas beliau, peningkatan kadar tol bergantung kepada kos pembinaan, kos pembiayaan dan pembayaran balik hutang yang diambil oleh syarikat konsesi kepada pembiaya.

Abdul Wahid berkata kenaikan kadar tol dibenarkan berdasarkan unjuran kewangan syarikat konsesi iaitu unjuran trafik berbanding kos pembinaan, kos penyelenggaraan dan kos pembiayaan.

Baru-baru ini 12 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis, 15 Okt.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Maju Expressway, Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong.

Turut terlibat ialah Lebuhraya KL-Kuala Selangor, Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Kajang Seremban, Lebuhraya Damansara-Puchong, Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat dan Lebuhraya Cheras-Kajang.-17/10/2015


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1259  tetamu dalam talian