20September2018

Mahfuz temberang kata Mursyidul Am PAS...

Dakwaan Datuk Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS akan mengikuti jejaknya meninggalkan parti itu ternyata cuma omong kosong.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata sejak meninggalkan parti pada Dis tahun lepas, yang mengikut Anggota Parlimen Pokok Sena itu hanyalah isteri, anak dan menantunya sahaja.

"Empat beranak itu sahaja yang keluar dan tidak ada orang lain yang isytihar ikut keluar walaupun dia mendakwa ramai orang yang menyokong dia dahulu akan ikut sama.

"Lebih kurang dua minggu selepas itu, saya dijemput pergi ke majlis ceramah di kawasan Pokok Sena dan semasa majlis tersebut 500 borang daripada ahli baru di Pokok Sena diserahkan kepada saya. Empat, lima orang yang keluar ... 500 orang ahli baru yang masuk ," katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang ke-14 di Dewan Tok Guru Masjid Rusila Marang hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu yang juga Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali.

Hashim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keputusan Mahfuz menyertai PAN semalam.

Selain itu, katanya PAS sedia memberi peluang kedua dan menerima semula bekas anggotanya yang ingin kembali semula setelah keluar parti dan menyertai parti lain

"Kami tetap berdoa, masih buka peluang mari balik bersama dengan Jemaah, hormat keputusan Jemaah dan wala' (taat) dengan kepimpinan,"katanya.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata PAS bakal melancarkan sembilan teras manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU -14) , yang akan disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam esok.

"Manifesto yang akan dibentangkan nanti diharap mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dalam setiap bidang dari setiap sudut," katanya.-17/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 502  tetamu dalam talian