22Februari2018

Mahathir seorang yang rasis... dedah pemimpin MIC

Tun Mahathir Mohamad diselar seorang pemimpin rasis yang tidak pernah memberi sebarang sumbangan demi pembangunan kaum India di Malaysia, dakwa Naib Presiden MIC, T Mohan (kanan)

“Apakah sumbangan beliau kepada kaum India walaupun menjadi perdana menteri selama 22 tahun? Beliau cuma pandai memuji golongan profesional kaum India pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan MIC,” Mohan.

Berucap di satu majlis anjuran Persatuan Sukan, Kebajikan dan Sosial Subang semalam, Mohan berkata terdapat banyak bukti yang menunjukkan Mahathir sebagai seorang pemimpin yang rasis.

Menurutnya, semasa era Mahathir, beliau tidak ambil perhatian berkenaan permintaan MIC, memberi 300 tempat matrikulasi kepada pelajar kaum India.

“Tetapi, Perdana Menteri Najib Razak telahpun memberi 1,500 tempatnya.”

“Mahathir juga tidak pernah hadir ke Perayaan Thaipusam di Batu Caves, sedangkan Najib menghadiri beberapa kali. Sama juga seperti Perdana Mentei pertama dan kedua Malaysia Tunku Abdul Rahman dan Abdul Razak, kini beberapa Menteri Besar turut menghadiri ke perayaan Thaipusam. Ini jelas menunjukkan watak sebenar Mahathir,” tegas Mohan.

Beliau turut menyerang DAP, bahawa seperti Mahathir, DAP merupakan sebuah parti yang tidak berpolisi.

“Setelah memaki hamun Mahathir, kini mereka menamakan beliau sebagai bakal calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Ini jelas menunjukkan kedua-dua mereka ini tidak konsisten dalam politik,” katanya.-9/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 559  tetamu dalam talian