26April2018

Lombong pasir haram: Tiga ditahan, wang RM4 juta dibekukan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu membekukan akaun syarikat bernilai RM4 juta, susulan penahanan tiga individu dipercayai terlibat dengan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor.

Menurut sumber SPRM, mereka yang ditahan petang semalam ialah dua pengarah syarikat melombong pasir bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan disyaki bersubahat dalam kegiatan itu.

"Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap perlombongan pasir dan batu secara haram di lokasi di Kajang sejak 2014," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.

"Pasukan penyiasat memeriksa beberapa lori disyaki membawa pasir haram dalam satu operasi dilancarkan 10 pagi tadi dan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta dibekukan.

"Semua suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini) untuk direman bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata, operasi itu dilancarkan selepas SPRM mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan mencuri pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.-30/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 998  tetamu dalam talian