15Disember2018

Larangan Tun M jumpa Anwar arahan penjara, bukan TPM

Larangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukan arahan daripada Kementerian Dalam Negeri, tetapi daripada Jabatan Penjara Malaysia sendiri.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar pihaknya tiada menerima sebarang permohonan daripada pemimpin vateran itu untuk melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Timbalan Menteri II Datuk Masir Kujat

“Arahan itu datang daripada Jabatan Penjara sendiri, bukan dari Timbalan Perdana Menteri. Arahan itu adalah berdasarkan peraturan penjara dimana kita tidak menerima sebarang permohonan daripada Tun Mahathir sendiri.

“Kalau Tun ada buat permohonan baru kita boleh pertimbangkan, tapi itu pun belum tentu lulus,” katanya pada sidang media di Putrajaya, Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap larangan yang dibuat kepada Tun Mahathir yang hadir bersama-sama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Hospital Rehabilitasi Cheras 4.30 petang semalam untuk berjumpa dengan Anwar.

Mereka telah dilarang memasuki kawasan wad oleh 30 pegawai Jabatan Penjara Malaysia yang berkawal.

Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar bercakap pada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya

Tambah Zulkifli lagi, kelulusan untuk seseorang individu berjumpa dengan tahanan adalah tertakluk kepada kuasa Pegawai penjara.

“Kelulusan untuk benarkan seseorang itu berjumpa dengan tahanan adalah bergantung kepada pegawai yang menjaga penjara. Biasanya kita akan beri kebenaran jika ada keperluan khas, perlu ke tidak untuk perjumpaan itu dibuat. Jika dibenarkan ia akan menimbulkan implikasi ataupun tidak, ” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Anwar yang menjalani pembedahan pada bahu kanannya di Hospital Kuala Lumpur pada 12 November lalu pernah menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. 11/1/2018- Oleh NUR ASLINDA NASIR

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 330  tetamu dalam talian