21Mei2018

Khairy jadi tumpuan media selepas PRU14...

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menjadi tumpuan media dalam dan luar negara selepas kekalahan mengejut BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Seorang pegawai beliau memberitahu Agendadaily, untuk hari ini (Isnin) sekurang-kurangnya empat agensi media menghubungi beliau untuk mendapatkan temubual eksklusif.

"Bloomberg, Rauters, antara yang menunggu, selain media Singapura dan Awani," kata pegawai itu.

Khairy yang menang kerusi Parlimen Rembau menjadi susuk kedua paling disorat dalam UMNO selepas Datuk Seri Najib Razak.

Selain ulasan beliau berkaitan kegagalan UMNO dan BN menarik undi golongan muda, Khairy juga bakal ditanya mengenai tindak tanduk anak-anak buahnya yang mendesak Najib meletak jawatan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilihat sebagai individu popular untuk memperkasakan semula UMNO selepas gagal penubuhkan kerajaan pusat pada PRU14.

Khairy dan pemimpin-pemimpin utama UMNO hari ini dijadulakan seharian berada di PWTC untuk membincangkan hala tuju parti serta gabungan BN pasce PRU14.-14/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1051  tetamu dalam talian