12Disember2018

Kerajaan PH teruskan projek yang dirancang BN

Ada yang ditukar nama, ada yang diubah logo tapi boleh kata semua projek yang di kerajaan BN dulu dilaksanakan Pakatan Harapan (PH) walaupun mereka pernah mengkritik projek-projek ini.

Misalnya Klinik 1 Malaysia dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti begitu juga dengan projek pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam Kedah yang dirancang dalam Bajet 2018 akan diteruskan PH.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata ini kerajaan PH mendapati projek itu mampu memberi pulangan positif kepada rakyat serta negara terutamanya dapat mewujudkan pelbagai limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Syarikat pemaju yang bertanggungjawab melaksanakan projek itu atas tanah berkeluasan 4,400 ekar (1,760 ha) ialah Northern Gateway Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

"Projek ini nanti akan dilaksanakan secara berfasa iaitu dengan tujuh fasa, dan memerlukan tempoh lebih kurang 20 tahun untuk projek ini siap sepenuhnya," katanya.

Pada Januari lepas, bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjangkakan pembangunan SBEZ mampu menyumbang antara RM30 bilion hingga RM40 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pembentangan Bajet 2018, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembangunan SBEZ untuk melonjakkan ekonomi di Wilayah Utara dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM50 bilion.-16/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 278  tetamu dalam talian