15November2018

Kerajaan PH buat hutang baru lebih tinggi...

Kerajaan Pakatan Harapan akan terus membuat hutang baharu berdasarkan petunjuk kadar defisit tahun ini yang lebih tinggi diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata anggaran defisit fiskal bagi tahun ini pada kadar 3.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah jauh lebih besar berbanding unjuran kadar defisit 2.8 peratus dalam Bajet 2018 dan defisit tiga peratus yang direkodkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2017.

“Kadar defisit 3.7 peratus ini bersamaan dengan RM53.3 bilion iaitu RM13 bilion lebih tinggi daripada defisit tahun sebelumnya dan merupakan defisit tertinggi dalam sejarah negara.

“Ini juga bermakna Kerajaan Persekutuan akan terus membuat hutang baharu, malahan dengan jumlah yang jauh lebih tinggi,” katanya.

Baginya, tema Belanjawan 2019 iaitu Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera adalah tidak selari dengan dasar polisi fiskal yang ingin dilaksanakan.

Tambah beliau, walaupun kadar defisit dijangka menurun pada tahun berikutnya, penguncupannya akan berlaku pada kadar sangat perlahan,iaitu kepada 3.4 peratus pada 2019 dan 3.0 peratus bagi 2020.-5/11/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 792  tetamu dalam talian