23Mei2017

Kerajaan galak pekebun tanam durian musang king

Kementerian Pertanian menggalakkan para pekebun menanam semula pokok buah-buahan termasuk pokok durian yang  bermutu dan berkualiti  tinggi seperti durian `musang king’.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman, baka durian musang king pada ketika ini mendapat pasaran baik di luar negara.

Beliau berkata, apabila harga durian musang king mahal maka kerajaan akan mengeksportnya dan negara akan menperoleh tukaran wang asing yang sekaligus menguntungkan negara.

"Pertukaran wang asing ini amat penting dan sangat bermakna buat Negara,’’ katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Tani Peladang NITA PPK S eberang Perak dan Majlis Penyampaian Insentif NKEA LPP11 PPK Seberang Perak di Dewan Tan Sri Megat Junid Bukit Chawi, Seberang Perak Khamis.

Menurut Tajudin, apabila penanaman durian king ini berjaya ditingkatkan maka harganya akan turun dan rakyat tempatan pula boleh menikmatinya.

"Kalau kita dah tingkatkan penanaman durian musang king ini maka harganya akan turun dan pengguna tempatan pun tidak lah orang kata. . . dia menengok aje orang makan durian musang king ini.’’

"Tetapi kalau durian tu tiada harga apa kita dapat. . . itu dari segi positif tetapi dari segi negatif orang tempatan pula bergaduh (sukar) nak makan durian . . . terlalu mahal. Oleh itu bertimbang taralah,’’ katanya.

Tajudin berpendapat kalau penanaman durian ini diperluaskan maka bekalannya akan bertambah banyak  maka rakyat tempatan dapat menikmatinya .

Katanya, yang menjadi masalah ketika ini, kebun durian musang king ini tidak banyak menyebabkan bekalan yang ada tidak mencukupi sehingga menyebabkan harganya melambung tinggi.

"Maka sebab itu Kementerian Pertanian menggalakkan para pekebun tanam semula  pokok-pokok buah-buahan ni termasuk pokok durian musang king ini,"katanya.-19/5/2017 *gambarfail


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 671  tetamu dalam talian