21November2017

Kencing tikus punca kematian pelajar tahfiz di Kota Tinggi

Kematian seorang pelajar tahfiz yang didakwa didera oleh pembantu warden sekolah dekat Kota Tinggi pada April lepas, disahkan berpunca daripada penyakit kencing tikus atau leptospirosis dan bukannya kerana trauma atau kecederaan dialami.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata hasil keputusan bedah siasat turut mendapati kematian dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan kegagalan organ untuk berfungsi.

Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut, katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera dipercayai didera pembantu warden terbabit.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama.

Dr Noor Hisham berkata proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dijalankan pada hari sama dan beberapa sampel tisu dan darah diambil untuk dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisis.

“Susulan daripada kejadian tersebut juga satu Jawatankuasa Khas Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. (Anggota) Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar perunding forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat yang dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengemas kini kertas siasatan berdasarkan laporan perubatan terbabit.-11/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 577  tetamu dalam talian