15November2018

Kenapa hapuskan GST...? tanya Najib

Kerajaan hilang hasil dan harga barang tidak turun tapi persoalannya mengapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) bermati-matian memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 Jun lalu.

Itu persoalan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini terhadap kerajaan PH khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kata beliau, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH menerusi beberapa ceramah telah meyakinkan seluruh rakyat bahawa pemansuhan GST dan pelaksanaan semula SST akan menurunkan harga barang.

“Kini tidak lagi. Lebih parah lagi PH mendakwa mereka tidak pernah berjanji demikian.

“Kalau tidak akan turunkan harga barang, mengapa bermati-matian mahu mansuhkan GST yang lebih telus dan pulang kepada SST yang banyak kelemahan?” katanya menerusi status di akaun Facebook beliau,Isnin.

Pada 8 Mac lalu, PH melancarkan manifesto PRU-14 yang bertemakan Membina Negara dengan menggariskan 10 janji antaranya menghapuskan GST dan mengembalikan SST dengan potensi penjimatan.

Pada 7 Ogos lalu, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan percaya harga barangan akan lebih murah selepas pelaksanaan SST.-16/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 460  tetamu dalam talian