15Ogos2018

Kayveas janji akan 'berdiam diri' sehingga lepas pilihan raya

Bekas Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas berikrar akan 'berdiam diri' sehingga selepas pilihan raya umum ke 14.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Kayvews berkata walaupun mendapat banyak panggilan daripada pihak media namun beliau fokus utama sepatutnya adalah pilihan raya.

"Saya akan buat sidang media selepas pilihan raya,"ujarnya.

Sementara itu, sebuah portal berita yang dapat menghubungi beliau melaporkan Kayvews berikrar tidak akan bertanding bebas dan dirinya merupakan penyokong Datuk Seri Najib Razak.

“Saya ingin tekankan di sini, saya masih lagi penyokong setia kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN). Saya bukan tamak atau gila kuasa sehingga mahu meletak jawatan untuk bertanding secara bebas di Cameron Highlands.

“Saya sangat pasti ada juga ‘pihak’ mahu saya berbuat demikian tetapi setiakawan saya terhadap BN lebih tebal. Saya tidak akan berbuat apa-apa yang boleh membelakangkan parti kerajaan BN. Kepada yang begitu teruja untuk melihat ‘kejatuhan’ saya, sabarlah. Panjang lagi usia saya dalam politik,” katanya di petik sebuah portal berita.

Tambah Kayveas, beliau tidak mahu memanjangkan persengketaan atau tuduh menuduh terutamanya ketika musim berkempen dan memberi peluang kepada pihak lawan mengambil peluang ketika berlakunya krisis.

“Saya masih lagi waras dan tahu permainan politik sesetengah pihak. Biarlah saya diam dulu, selesai nanti kita akan bercakap. Saya akan bela diri dan saya pasti penyokong setia saya kenal siapa diri saya.

“Ketika ini, biar kita tumpu perhatian pada kempen PRU dan memastikan kemenangan besar kepada BN kelak. Itu lebih penting,” ujarnya.

Kayveas beberapa jam sebelum itu mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Presiden MyPPP selepas memegang jawatan itu lebih dua dekad, berkuat kuasa Isnin, menerusi catatan pada laman Facebook dan Twitter beliau.-26/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 708  tetamu dalam talian