16Disember2017

Kasihannya... bagaimana anak gajah ini boleh mati di tepi lebuhraya?

Gambar yang anda saksikan seekor anak gajah berusia dua tahun dijumpai mati berlumuran darah di bahu jalan Lebuh Raya Gerik-Jeli.

Ia sudah mati sejak Jumaat sebelum ditemui dan diambil tindakan pihak berkuasa.

Orang ramai yang lalu lalang menggunakan lebuhraya itu terkesan dengan kesedihan melihat posisi anak gajah itu mati. Soalnya ankara siapa?

Dipercayai pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada ia dilanggar lari atau ada elemen perbuatan khianat atau jenayah yang lain.

Untuk rekod, gajah-gajah liar yang menghuni di sekitar Royal Belum dan di luar kawasan berkenaan, sering menggunakan kawasan tepi jalan bagi merehatkan tubuh mereka.

Gajah-gajah ini tidak mendatangkan sebarang kemerbahayaan kepada manusia. Belum ada rekod gajah ini menyerang pemandu kereta atau lori ataupun bas yang mengguna  lebuhraya Gerik-Jeli.

Bagaimanapun terdapat pemandu yang suka mengambil gambar dari jarak dekat sehingga membuatkan gajah-gajah ditepi jalan berkenaan, yang dalam kelompok 10 ekor atau lebih, melakukan reaksi.

Terdapat tanda jalan melarang pemandu membunyikan hon serta berhati-hati dikawasan berkenaanl. Ini bagi mengelak mengejutkan haiwan berkenaan dan mengelak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.  

Untuk rekod, kematian anak gajah ini disahkan sendiri Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Loo Kean Seong kepada media pada Isnin.

Pegawainya menemui anak gajah itu sekitar pukul 7 pagi Jumaat.

Beliau berkata kejadian seumpama ini jarang berlaku dan pihahknya berharap para penunggang motosikal lebih berhati-hati melalui jalan ini.

“Kami telah mengeluarkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya.

Jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab terutamanya kepada yang memandu lewat malam atau awal pagi,” kata Loo.

Beliau meminta semua pengguna jalan raya di seluruh negara untuk menghubungi Perhilitan negeri sekiranya berdepan dengan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir dan harimau bintang.

“Hal ini memudahkan kami untuk membuat siasatan dan menanam bangkai haiwan itu daripada membiarkannya mereput di atas jalan.”-19/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 918  tetamu dalam talian