19Ogos2018

Kanada benar jual-beli ganja Julai ini...

Ganja untuk tujuan sosial di Kanada hanya akan dijual beberapa bulan lagi tahun ini selepas disahkan berikutan sistem runcit baharu memerlukan masa untuk mula berfungsi dengan betul, kata Menteri Kesihatan Ginette Petitpas Taylor semalam.

Kerajaan Liberal berkata undang-undang baru itu perlu dilaksanakan menjelang 1 Julai tahun ini, menjadikan Kanada sebagai negara G7 pertama untuk menerima pakai dasar sedemikian.

Sebahagian daripada 10 wilayah di Kanada, yang bertanggungjawab menjual ganja, mengeluh, kerana tidak mempunyai masa yang cukup.

"Mereka memerlukan lapan hingga 12 minggu selepas penerimaan undang-undang untuk aktiviti persediaan seperti pergerakan produk dari pengeluar berlesen kepada pengedaran dan kedai runcit," kata Petitpas Taylor kepada Dewan Senat.

Pihak Liberal berkata pengesahan diperlukan untuk memastikan ganja itu tidak sampai ke tangan pengguna bawah umur dan mengurangkan jenayah yang berkaitan.

Menteri Kehakiman, Jody Wilson-Raybould memberitahu senat, beliau menolak kebimbangan bahawa lebih banyak masa diperlukan kerana mendapati wilayah dan daerah lain bekerja dengan pantas.-7/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 469  tetamu dalam talian