23November2017

Jamal dakwa Azmin menipu berkenaan rumah di Semenyih

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menipu penduduk Selangor mengenai pembinaan rumah mampu milik di Semenyih di bawah program Rumah Selangorku.

Selain Azmin, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mendakwa Exco PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad bersekongkol dalam perkara itu apabila memaklumkan rumah terbabit sudah siap dibina dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Jamal mendakwa, pembinaan rumah mampu milik yang sepatutnya dibina dengan kawasan perumahan mewah di Semenyih tidak wujud.

“Selepas Iskandar maklumkan rumah itu dibina, saya sudah beberapa kali periksa kawasan terbabit tetapi tiada apa-apa.

“Apa yang ada adalah rumah mampu lihat dan bukannya rumah mampu milik seperti dimaklumkan,” katanya dalam sidang akhbar Rumah Selangorku hanya retorik kerajaan Selangor di Semenyih, pada Isnin.

Beliau turut mengedarkan kira-kira 1,000 kilogram ikan dan aiskrim percuma di sana.Jamal berkata, pembinaan rumah berkenaan sepatutnya bermula 2008 bersama perumahan mewah terbabit.

“Kawasan perumahan mewah tersebut sudah lama siap dan bertukar tangan pemiliknya, tetapi rumah mampu milik masih belum dibina,” katanya.

Justeru, beliau berkata, beliau akan ‘berkampung’ di hadapan pintu masuk kawasan perumahan mewah itu selama tiga hari bagi membantah situasi berkenaan.-14/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 630  tetamu dalam talian