17November2018

Isu penjualan tanah Felda... SPSB saman NSTP

Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) hari ini memfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd sebagai penerbit akhbar berbahasa Melayu, Berita Harian dan wartawan, Che Wan Badrul Alias dalam usaha untuk memulihkan reputasi syarikat itu.

Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu susulan daripada tindakan plaintif yang mengeluarkan laporan dan artikel di media cetak dan media di atas talian mengenai SPSB dan penglibatannya sebagai Pemaju Utama Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Berita Harian telah mengenepikan prinsip kewartawanan yang adil dengan mengeluarkan laporan tanpa maklumat yang tepat sehingga menyebabkan reputasi SPSB tercalar dan kehilangan projek besar yang sedang dilaksanakan.

Berita Harian secara melulu telah membuat tuduhan bahawa SPSB telah secara salah memindahkan aset milik Felda sehingga menyebabkan Felda mengalami kerugian.

Pengarah Pembangunan Perniagaan SPSB, Datuk Marina Hashim (kiri) bersama Mohamed Reza Rahim ketika di Kompleks Mahkamah Jalan Duta 4 Jun lalu.

SPSB sebelum ini telah menyampaikan satu Notis Tindakan bertarikh 1 Jun 2018 kepada kedua-dua pihak tersebut bagi permohonan maaf dan ganti rugi tetapi mereka telah gagal untuk berbuat demikian.

Susulan daripada itu, SPSB memohon satu injunksi bagi pihak-pihak yang terlibat untuk tidak mengulangi dan / atau menerbitkan semula kenyataan fitnah mereka, ganti rugi berjumlah RM250 juta daripada The New Straits Times (M) Bhd dan Che Wan Badrul Alias ??serta permohonan maaf berdasarkan terma-terma yang akan dipersetujui oleh SPSB.

Saman tersebut telah diafailkan oleh Tetutan Reza Rahim & Rajivan, peguamcara bagi SPSB.-21/6/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 381  tetamu dalam talian