19Ogos2018

Ini sebab mengapa pengundi Gopeng perlu undi calon BN

Pengundi-pengundi  di kawasan Parlimen Gopeng diminta terjemahkan jasa khidmat  bakti yang dicurahkan Barisan Nasional (BN)  kepada rakyat selama in melalui undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Senator Datuk Hamzah Kassim yang membuat permintaan ini juga meminta pengundi-pengundi di Gopeng agar tidak terus menganiaya diri mereka atas kesilapan lampau.

Katanya, pilihan raya kali ini merupakan pentas bagi mereka untuk mengambil peluang memenangkan calon-calon BN sekaligus memastikan BN merampas kembali kerusi Parlimen dan tiga DUN yang dikuasai pembangkang.

``Jangan membuat kesilapan lampau  lagi berikan undi kepada BN kerana BN sahajaya yang dapat menjaga kebajikan dan menjamin masa depan mereka.

Beliau memberikan contoh di Parlimen Gopeng walaupun BN tewas dua penggal bagi kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN namun BN tetap tidak mengabaikan nasib rakyat di kawasan parlimen berkenaan.

``Walaupun di Gopeng ini  tidak mempunyai Ahli Parlimen dan wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi Gopeng ini tetap dekat dihati Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

``Walaupun dalam keadaan hidup menumpang dalam kekalahan namun nasib rakyat tetap terus dibela oleh pucuk pimpinan BN.'' katanya.

Menurut  Datuk Hamzah hanya dengan memberikan undi kepada BN kebajikan dan nasib masa depan rakyat akan terbela.

``Amanah untuk kita terjemahkan melalui undi itu, memberikan undi kepada BN itu..itulah yang akan menolong kita dan akan membantu dalam kesusahan.'' katanya.

Beliau berkata, sebagai contoh calon-calon yang diketengahkan BN tidak  pergi ke tempat lain dan melompat kawasan dimana rakyat mudah mengadu hal masalah mereka kepada wakil rakyat BN.

Hamzah turut  menjelaskan bahawa  program bantuan persekolahan ini merupakan program berterusan kerajaan dan bukan bermusim ketika pilihan raya semakin hampir.

``Program ini dilaksanakan terus oleh kerajaan BN dan bukan  program persediaan menghadapi pilihanraya  ianya program  yang biasa dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.'' katanya.-12/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 497  tetamu dalam talian